Langkau ke kandungan utama

Catatan

Featured Post

NOTIS PERPINDAHAN KE BLOG BARU!

Blog ini telah berpindah secara rasmi dari the1957.blogspot.com ke --->> www.kelabraja.blogspot.com . Semua kandungan lama kini diteruskan di platform baharu dengan struktur, nilai dan niat yang sama. Sebarang akses ke kandungan lama akan diarahkan secara automatik ke blog baharu. Terima kasih kepada semua pembaca setia yang mengikuti perjalanan pemikiran ini.

SURAT TERBUKA UNTUK FOODPANDA

Hello panda... Saya ada buah fikiran dan sedikit komen untuk Panda menjadi sebuah syarikat yang baik dan berdaya maju. Sebuah syarikat akan berjaya jika mempunyai pekerja yang  MENCINTAI  kerja mereka : 1 . Saya fikir sistem seharusnya pickup rider yang paling dekat dengan vendor untuk terima tempahan makanan. Kes Sabtu lepas saya dari Bukit Lanchong, Shah Alam di"paksa" oleh sistem untuk pickup order McD Main Place, Subang Jaya pada 9.30 malam( shift habis jam 10 malam). Saya nak DECLINE tapi sistem akan menjatuhkan markah performance saya. So saya accept 3 order sekali gus. Kemudian saya delivery ke Alam Megah, Shah Alam dengan harga RM4.60++ sen sahaja untuk 1 trip?? Dan last dropp ke pelanggan hampir jam 11 malam. Ini pada pandangan saya kurang adil dan pelanggan akan mendapat makanan yang lambat. Kualiti kerja dan ketidakpuasan akan berlaku kepada pelanggan dan pekerja. Panda yang akan mendapat nama yang buruk. 2 . Begitu juga saya dan Rider Panda yang lain j...

IBLIS CIPTAAN KAPITALIS

Situasi kritikal para peniaga kita untuk survival pada pandemik Covid 19 terutamanya KOS SEWA PREMIS seharusnya memperkuatkan saranan aku dulu yg benci pada "Dasar Penswastaan Negara" yg diwartakan dengan alasan² rapuh dalam memperkayakan individu² tertentu dan seterusnya mencipta golongan kaya raya dan 'kluster kayangan'... Dimana mereka untuk membantu kita ketika saat² darurat ni... setakat bagi "Gula²" dan masuk media massa itu semuanya adalah sebahagian daripada promosi dalam mencari keuntungan.. Ini adalah sesuatu kepincangan dalam sistem kehidupan yg diceduk daripada sistem Kapitalis² Dunia yg bersandarkan nafsu tamak duniawi... Sebenarnya secara logiknya, sesebuah kerajaan dalam sesebuah negara wajib kaya raya dengan hasil bumi semulajadi dan pelbagai usaha ekonomi dengan kerjasama seluruh rakyat... keuntungan negara wajib diagih²kan dan disalurkan kembali kepada rakyat dalam mencipta suasana yg cukup selesa dan...

KEHEBATAN SEDEKAH DUNIA AKHIRAT

Katakanlah kita dah mati, kalau Allah bg kita peluang utk hidup balik dan boleh buat satu amalan sahaja, apakah amalan yang  kita akan buat? Adakah solat?? Baca Quran? Selawat? Sedekah? Atau puasa? Mari kita baca jawapannya.. Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh (Al Imam Jalaluddin As-Suyuti) KENAPA SI MATI LEBIH MEMILIH UNTUK BERSEDEKAH SEANDAINYA DIA DIKEMBALIKAN KE DUNIA? Satu  Sebagaimana firman Allah, "...wahai Tuhanku, alangkah baiknya Engkau lambatkan kedatangan ajalku ke suatu masa yg sedikit saja lagi, supaya aku dpt bersedekah....." -(surah al munafiqun:10) Sedangkan dia tidak pun berkata "supaya aku dapat mengerjakan umrah" atau "supaya aku dpt solat" atau "supaya aku dpt berpuasa"? Seorang ulama berkata, "Tidaklah seseorang yg tlh mati itu menyebut utk bersedekah melainkan kerana kehebatan pahala yg telah dilihatnya selepas kematiannya.." Dua Maka hendaklah kamu perbanyakkan sedekah kerana sesungguhnya seorang mu...

ASMA UL HUSNA - SUSUNAN ABJAD RUMI

DOWNLOAD PDF NAMA ALLAH LENGKAP DALAM SUSUNAN ABJAD RUMI PDF SIMPLE - Tujuan Untuk Menghafal. Link diatas adalah salinan PDF yang menyenaraikan 99 Nama-Nama Allah yang telah disusun mengikut abjad Rumi ... sila klik dan muat turun (download) dan sebarkan... Tujuannya tidak lain hanyalah untuk memudahkan Umat Islam yang tidak mahir berbahasa Arab untuk mengHAFAL Nama-Nama Allah yang mempunyai pelbagai hikmah yang tersurat dan tersirat... insyaallah.. Admin merasai bahawa amalan menghafal 99 Nama Allah ini telah terlalu dipandang sepi berbanding dengan amalan-amalan Sunat yang lain walhal ia adalah 1 aktiviti yang sangat besar dalam mengenali Allah dengan lebih dekat... Dan sudah tentu... rukun pertama ataupun asas pertama sebagai Makhluk yang tercipta adalah percaya dan yakin sepenuh hati bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH ... maka dengan Asma Ul Husna ini dengan izin Nya kalian akan mengenali Allah Tuhan Sekalian Alam yang Maha Esa dengan lebih mendalam.. Aamiim Ya Rabb.. ...

SIHIR DAN RUQYAH

Pengertian Ruqyah: Ruqyah biasa dikenali sebagai jampi-jampi atau mantera. Ruqyah secara syar'i (Ruqyah Syar'iyah) adalah jampi-jampi yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya dengan HANYA menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa yang bersumber dari hadis-hadis Rasulullah s.a.w. yang dapat difahami maknanya selama tidak mengandungi unsur kesyirikan.  Jenis-jenis Sihir: 1.Sihir Pemisah Takrif: Sihir pemisah ialah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri atau untuk menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau antara dua rakan kongsi. Jenis-jenis Sihir Pemisah: - Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ibunya. - Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya. - Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya. - Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya. - Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ra...

RAHSIA 7 WALI BANGSA MELAYU

7 WALI BANGSA MELAYU ADAKAH ANDA TAHU... JIKA DI TANAH JAWA TERKENAL DENGAN WALI 9, DAN DI TANAH MELAYU PULA TERKENAL DENGAN 7 WALI MELAYU. Lihat E-Book saya dan dapatkan di Amazon.com Mereka pernah berperanan di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura antara abad ke19 dan awal abad ke20 bagi menyekat pengaruh budaya penjajah barat dengan benteng iman, ilmu dan amal. Mereka adalah ahli sufi yang bersiasah dakwah, menggunakan syakilah masing-masing dalam perjuangan jihad mereka bagi menyemarakan lagi pegangan agama di kalangan bangsa Melayu sehingga kini begitu sinonim Melayu-Islam. Jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi terutamanya oleh generasi hari ini yang mempunyai cita-cita perjuangan murni menggemilangkan semula Islam. Mereka dikenali sebagai wali hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui (wallahu alam). Keperibadian mereka begitu mulia dengan amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah SWT dan RasulNya. Mereka adalah kekasih Allah: H...

Bangsa yang Paling Lemah & Penakut di Dunia.

Kita sering dimomokkan tentang kelemahan bangsa kita sendiri. Kononnya kita adalah bangsa yang lemah, menakut, pemalas dan mudah lupa. Hakikatnya, kita adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT untuk menganut agama Islam. Sejarah juga turut membuktikan bahawa kita adalah salah satu bangsa yang paling hebat dan gagah sekali. Jika kita bukanlah bangsa yang lemah dan penakut, maka siapa pula yang menyandang jawatan tersebut? Ya, jawapannya adalah bangsa YAHUDI... Who Am I?? Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Namun mereka kini adalah bangsa yang menguasai dunia. Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam. Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika I.s.ra.el (AIPAC) yang berupaya memp...