APA ITU SEORANG CINDAI | TOK CINDAI

APA ITU SEORANG CINDAI | TOK CINDAI



 .........SEORANG CINDAI......


Berlayar kapal bertimbang arus,

Patah kemudi sepanjang pantai;

Tuan laksana cindai yang halus,

Alah membeli menang dipakai


Kain cindai merupakan kain tenunan sutera halus yang amat bermutu dan mewah.

Pada zaman dahulu, hanya golongan raja dan bangsawan sahaja yang memiliki kain cindai kerana kain cindai mahal harganya.

Cindai menjadi masyhur di serata dunia kerana ia ditenun dengan teknik ikat ganda atau ‘double ikat’ dalam Bahasa Inggeris.

Teknik ini merupakan suatu teknik yang sangat unik dan sukar dilaksanakan.

Pembuatan kain cindai memerlukan kepakaran menenun yang tinggi sehingga

menyebabkan jumlah yang dihasilkan terhad.

Kain cindai adalah kain yang berasal dari negeri Gujerat. Dipercayai, pedagang-pedagang Gujerat dan India yang membawa masuk kain cindai ke alam Melayu sekitar tahun 1450. 

Semenjak itu penyebaran dan pemakaian kain cindai meluas ke Asia Tenggara, Pantai Sumatera, Pulau Bantam di Jawa dan Pegu di Burma. Negeri-negeri ini juga merupakan pelabuhan-pelabuhan yang menerima kapal-kapal asing berdagang di negeri mereka.

Pada abad ke 17, orang Belanda yang menguasai perdagangan di Indonesia telah mengenal pasti bahawa kain cindai turut dihasilkan oleh penenun tempatan. Kain itu dikatakan seakan-akan kain patola dari Gujerat. Namun di Indonesia, kain itu dikenali sebagai cindai, cinde, gerinsing dan limar. 

Di Selatan Sumatera, ‘limar’ membawa maksud memberi warna pada benang. Namun apabila disebut ‘kain limar’, masyarakat sudah dapat mengenali bahawa apa yang dimaksudkan adalah kain cindai.


Songket limar awannya cemerlang,

Pakaian raja zaman dahulu;

Tuan laksana bulan mengambang,

Cahaya menusuk ke dalam kalbu.”


Pemakaian kain cindai bukan hanya oleh golongan istana dan bangsawan. Kain cindai turut dipakai sebagai ikat pinggang atau bengkung pahlawan. Dalam Hikayat Hang Tuah, dikatakan Hang Tuah memakai kain cindai semasa pertarungannya dengan Hang Jebat.

“…ikat pinggang kesumba murup bersurat doa besar-besar.”

Walaupun ‘cindai’ tidak disebut, pengertian ikat pinggang selalu membawa maksud penggunaan kain cindai yang panjang sehingga dapat membelit tubuh tujuh kali. 

Kain cindai dijadikan bengkung pahlawan kerana kain cindai merupakan kain yang mempunyai tenunan benang yang tinggi setiap inci dan dikatakan mempunyai keistimewaannya tersendiri. 

Jumlah tenunan ikat berkembar yang tinggi ini menjadikankain cindai amat kukuh dan dianggap mampu menahan tikaman senjata.oleh kerana itu dibalai adat tok cindai malaysia resam dan resminya semua anak2 muridnya digalakan mempunyai sepasang kain cindai utk dijadikan samping dan bengkong walaupun ia ditenun semula ..

dipakai bersama baju melayu pesak purba melambangkan keterampilan bangsa dan ilmu kepahlawan serta gerak langkah hulubalang berlainan ditempat dimalaysia mereka semua menggunakan songket ,kain limar ataupun kain pelekat sebagai samping ..hanya jauhari mengenal.manikam

Kain ini boleh dianggap setanding dengan penggunaan baju sutera oleh pahlawan Mongol yang menyebabkan panah yang menusuk badan mereka tidak mempu menembusi alas baju sutera mereka sehinggakan mata panah mampu ditarik keluar.

Dalam pertarungan itu, setelah Hang Jebat ditikam oleh Hang Tuah dengan keris

tamingsari, dia telah membalut lukanya dengan kain cindai sebelum turun ke bawah dan

mengamuk lagi. Hang Jebat hanya mati setelah Hang Tuah membuka balutan kain

cindai itu.

Begitulah juga gambaran pakaian Malim Dewa dalam Hikayat Malim Dewa.


“Berkat pinggang kain cindai,

 panjang tengah tiga puluh / tiga puluh

dengan rambunya..”

Kain cindai menjadi unsur penting dalam adat dan budaya Melayu baik dalam majlis

perayaan, menjadi kain dipakai penari tarian Jawa, seluar adat di keraton Jogjakarta,

wayang wong, wayang topeng, upacara keagamaan di Bali, hadiah hantaran utama di Riau dan banyak lagi.

Dalam budaya Melayu dahulu, anak dara yang bakal mendirikan rumah tangga perlu bertangas wangi tiga hari sebelum menjelang hari bahagia. 

Ramuan tangas wangi adalah seperti daun pandan, bunga melur, mawar, daun cendana dan gaharu serta dibalut dengan kain cindai. 

Tangas wangi dikatakan mampu membuang bau badan termasuk ketiak.

Cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu cindai jantan dan cindai betina. Cindai Betina dipakai khusus oleh raja atau pahlawan seperti gambaran kain cindai yang dipakai Hang Tuah dan Malim Dewa. 

Cindai jantan pula dipakai oleh kaum wanita seperti berikut;

“Maka ia masuk ke dalam peraduan membuka peti kesaktian, mengambil

cindai jantan, corak kuning panjang sepuluh/sebelas dengan rambunya…”

Begitu juga dikatakan tentang pakaian Cik Siti Wan Kembang di Kelantan;

“Cik Siti Wan Kembang berkembang jantan…. Kain limar melekat di kulit

Songket bertabur merah pulasan, Ikat seribu pancung ke bawah..”

Jika diperhatikan kata-kata yang tertera dalam kitab hikayat, kain cindai dikaitkan

dengan kesaktian. Penggunaan kain cindai boleh menghalang kesan tusukan senjata

tajam atau dikatakan juga boleh membuat seseorang menjadi kebal. Kain cindai

dikatakan mempunyai ‘berkat’ dan disimpan pula dalam peti sakti. Maksudnya, kain

cindai benar-benar dipelihara dengan baik kerana kepercayaan bahawa kain cindai inipunya ‘roh’ dan ‘hidup’. Tidak hairanlah, sehingga kini, kain cindai dicari dan sanggup dibayar beribu-ribu dolar walau hanya cebisan kain cindai.

Cindai betina dikatakan boleh menjadi pelaris dan pengasih. Cindai betina juga

dijadikan pendinding supaya musuh menjadi gerun. Minyak cindai pula dikatakan boleh

menjadi pengasih yang ampuh dan ubat yang mujarab. Ada orang tua-tua mengatakan,

minyak cindai perlu menggunakan minyak zafron. Minyak ini dikatakan makin

bertambah apabila bulan mengambang penuh. Justeru minyak itu tidak pernah luak.

Minyak zafron dibuat dari bunga zafron yang terdapat di Arab Saudi. Minyak itu

dikatakan hidup. Walaupun hanya setitik, makin lama minyak itu akan bertambah

seumpama darah. Mengikut sumber di Terengganu, dikatakan harga minyak zafron

boleh mencapai RM$500 setitik.

Masyarakat Melayu percaya bahawa pembuatan kain cindai tidak mudah dan penuh

syarat serta pantang larang. Pembuatan kain cindai memerlukan 6 tukang yang mahir.

Mereka adalah tukang tenun raja, pawang raja, hulubalang raja, ahli falaq, ahli agama

dan tukang seni. Ada juga yang mengatakan bahawa pembuatan kain cindai bersama-

sama dengan tukang yang ketujuh yakni yang berasal dari kaum jin. Sebab itulah, kain

cindai dianggap keramat dan banyak faedah mistiknya.

Walaupun cindai hanyalah kain tenunan, cindai digelar Seorang Cindai kerana

masyarakat Melayu percaya bahawa kain cindai ‘hidup’. Buktinya, biar beratus-ratus

tahun umurnya, kain cindai tetap utuh, warnanya tidak pudar dan baunya tetap wangi.

Justeru kain cindai mempunyai nilai tinggi dalam adat dan budaya Melayu serta menjadi lambang contoh perilaku orang Melayu yang baik.


Apa guna orang bertenun

Untuk membuat kain cindai

Apa guna orang berpantun

untuk membaiki laku perangai


maka dengan kerana itulah Tok Cindai pemilik  balai adat peka dan menghayati jiwa naluri roh dan semangat  bangsanya.

Tidak mengikut rentak orang malah tetap berdiri dgn falsafahnya.. ramai orang  tertawakannya kerana dia berbeza namun beliau tersenyum kerana   melihat  mereka semuanya sama....

Di Tanah Melayu pula, kain cindai dikaitkan dengan lambang kehidupan apabila berubah 'wataknya' menjadi senjata penting apabila berdepan musuh.

Sukar memikirkan bagaimana kain tenun yang dijahit dengan benang sutera itu mampu menolak serangan senjata tajam, tetapi di sini tersisipnya kebijaksanaan masyarakat Melayu dulu.


Dipakai oleh pahlawan

Kurator Kanan Muzium Tekstil Negara, Rosidah Abdullah, berkata ketika tidak digunakan sebagai kain ikat pinggang atau selendang, kain cindai digunakan pahlawan Melayu bagi mengelakkan serangan berbahaya musuh.

"Kekuatan kain cindai yang mengambil masa lama untuk dihasilkan ini menyebabkan pahlawan Melayu dahulu membalut pinggang mereka dengan susunan lipatan yang banyak sebagai perlindungan sebelum memasuki medan pertempuran.


"Ia juga antara pertahanan diri paling berguna dalam peperangan, malah pemakainya bukan sahaja boleh menepis serangan senjata, malah kain cindai juga digunakan sebagai pelibas bagi melawan serangan bertubi-tubi.


"Ketika konfrontasi pada zaman purba Kelantan, kain cindai turut bertindak sebagai perisai daripada senjata tajam seperti kerambit," katanya kepada Sastera & Budaya di Muzium Tekstil Negara, di sini.


Dikatakan 'kekuatan' fizikal kain cindai hingga boleh melibas senjata dan menghalang serangan daripada pihak lawan itu datangnya daripada kekukuhan kain itu sendiri yang menggunakan teknik tenunan ikat berkembar.


Bukan mudah menyiapkan kain cindai, malah tekstil terawal dari India yang sudah wujud di Tanah Melayu sejak kurun ke-15 itu, memerlukan kepakaran menenun yang tinggi menyebabkan tidak banyak fabrik berkenaan yang masih dipelihara dengan baik sehingga kini kini.


Rosidah berkata, untuk menghasilkan kain cindai, benang ikat pakan, iaitu benang melintang dan benang loseng (menegak) akan diwarna atau diikat celup yang memakan masa berbulan bagi menghasilkan corak tertentu.

"Daripada mata kasar, kain cindai mungkin dilihat mirip kain guni disebabkan jalinan tenunannya yang sedikit jarang, tetapi ia sebenarnya adalah kain yang sangat bermutu tinggi dan tidak mudah dihasilkan.

"Malah, ketika mula dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang dari Gujerat sebelum ini, kain ini hanya dihadiahkan kepada golongan pembesar dan pemerintah pada zaman itu dan tidak sewenang-wenangnya diberikan kepada rakyat marhaen,"

Sejarah Kain Cindai

Catatan sejarah membayangkan bahawa kain cindai dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-12 atau ke-13 Masihi. 

Kain ini berasal dari Hadrami di wilayah Gujerat, India dan dibawa ke negara ini oleh pedagang Islam melalui pelabuhan Terengganu.

Kain cindai ialah sejenis kain nipis dan ringan yang ditenun daripada benang sutera yang sederhana kasar. 

Coraknya dihasilkan dengan teknik ikat dan celup. Kain cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu cindai jantan dan cindai betina.

 Perbezaannya dikenali pada corak atau bunga dan pada warna latar atau tanahnya. Cindai jantan mempunyai bunga yang kasar dan garang, manakala cindai betina menampilkan bunga yang halus dan lembut. 

Bunga kain cindai diberi nama yang unik seperti 

1.giling kacang, 

2.hujan lebat, 

3.sekawan merpati

4. tikar ru

kini Seorang cindai menyimpan dan memiliki sepasang  cindai jantan dan betina utk dijadikan sumber kajian dan warisan .. 

tersirat dan tersurat  sejarah peradaban, perjuangan agar anak cucu tidak meraba dlm PERJALANAN..1806

- Tok Cindai

0 Ulasan