BAB 1: BAHASA SEBAGAI MAKHLUK PERTAMA

BAB 1: BAHASA SEBAGAI MAKHLUK PERTAMA

 BAB 1: BAHASA SEBAGAI MAKHLUK PERTAMA

Bahasa: Kunci Penciptaan dan Pemahaman

Aku yakin, sebelum wujudnya masa, sebelum terciptanya zarah pertama, sebelum ada apa-apa — ada satu perkara yang Allah sudah sediakan: bahasa.

Bukan bahasa Melayu, Arab, atau Latin. Tapi bahasa sebagai sistem makna. Bahasa dalam bentuk yang paling asas — bunyi, isyarat, makna, perintah, dan kehendak.

Allah tidak mencipta alam dengan tangan. Dia tidak membentuk langit dengan alatan. Dia hanya berkata: “Kun.” Dan dengan satu kata itu — seluruh kewujudan bermula.

“Kun” — satu kalimah, satu arahan, satu makna. Dan di situlah segalanya bermula. Makhluk pertama bukan cahaya. Bukan masa. Bukan air. Tapi lafaz kalimah.

Kerana tanpa bahasa, tiada penciptaan. Tanpa makna, tiada maksud bagi sesuatu.

BAHASA adalah kuasa/tenaga asas paling mentah yang merupakan induk segala penciptaan makhluk Allah yang lain.

Bahasa itu menjadikan benda bermakna. Dan bahasa adalah jambatan antara akal dan realiti.

 Jadi bila Allah cipta sesuatu dengan kata-kata, itu menunjukkan bahawa: Bahasa adalah alat terawal yang menghubungkan Allah dan penciptaan.

Dalam banyak ayat Al-Quran, Allah berfirman dengan gaya:

“Apakah kamu tidak berfikir?”

“Tidakkah kamu memperhatikan?”

“Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda…”

Semua ini adalah bahasa. Bahasa yang menyeru akal untuk hidup. Bahasa yang membawa manusia dari “tahu” kepada “sedar”.

Bahasa bukan sekadar alat komunikasi antara manusia. Bahasa adalah alat komunikasi antara Tuhan dan hamba.

Malaikat Jibril turun dengan wahyu dalam bentuk bahasa. Nabi Muhammad menyampaikan risalah dengan bahasa. Dan Al-Quran masih hidup hingga hari ini — kerana bahasanya.

Kalau kita renung lebih dalam, kita akan sedar: Setiap ciptaan pun ‘berbahasa’ — dalam bentuk mereka sendiri. Air “berkata” bila ia tenang atau gelora. Matahari “berkata” bila ia terbit dan tenggelam. Tubuh kita “berkata” bila ia sakit atau sihat. Kita hanya perlu belajar mendengar bahasa mereka.

Kadang-kadang, satu pandangan mata boleh menyampaikan seribu perkataan. Kadang, diam itu sendiri adalah satu bahasa yang paling kuat. Dan bila hati bercakap dengan Tuhan, tak perlu bunyi — cukup dengan rasa. Itu juga bahasa — bahasa jiwa.

Jadi bila aku kata bahasa adalah makhluk pertama, aku maksudkan begini: Sebelum segala sesuatu wujud secara fizikal, Allah sudah wujudkan sistem makna — agar bila Dia berkata “Kun,” dunia tahu apa yang harus terjadi.

Dan itulah sebabnya… Bahasa adalah kunci pertama untuk mengenal Pencipta.

1. Bahasa: Kunci kepada Kewujudan

• Bahasa bukan sekadar pertuturan manusia. Ia adalah sistem komunikasi sejagat yang jauh lebih besar daripada sekadar kata-kata.

• Ketika Allah berfirman "Kun Fayakun" (Jadilah! Maka terjadilah), itulah bahasa.

• Firman itu adalah kod penciptaan, arahan yang membentuk realiti.

“Apabila Dia menghendaki sesuatu, Dia hanya berkata kepadanya: Jadilah! Maka jadilah ia.”

— Surah Yasin, ayat 82

• Segala sesuatu di alam semesta ini bergerak mengikut bahasa hukum-Nya—dari putaran planet, hukum fizik, hingga fitrah manusia itu sendiri.

Contoh mudah:

Bayangkan penciptaan dunia digital. Segala yang kita lihat di skrin—video, teks, grafik—semuanya berasal daripada bahasa kod iaitu kod binari.

Begitu juga dengan alam semesta! Jika dunia digital hanyalah cerminan kecil dari penciptaan alam, maka bahasa adalah "kod asas" kewujudan ini.

2. Bahasa dalam Pemikiran & Kesedaran

• Kita sering tidak sedar betapa besar peranan bahasa dalam kehidupan.

• Setiap kali kita berfikir, kita sebenarnya sedang berbicara dalam diri sendiri — bermonolog.

• Tanpa bahasa, tiada pemahaman. Tanpa pemahaman, tiada makna.

• Maka, pemikiran manusia tidak mungkin wujud tanpa bahasa.

Bayangkan otak kita tak punya bahasa??

Dalam Teori Spektrum Monolog, bahasa memainkan peranan utama dalam membentuk cara kita berfikir melalui tiga aspek:

1. Titik Sfera – Memahami bahasa dari perspektif asasnya.

2. Definama – Memberi nama dan definisi kepada sesuatu untuk memahami realiti.

3. Prisma – Menapis dan menyusun bahasa untuk membentuk kefahaman yang lebih luas dan sejagat.

3. Bahasa sebagai Amanah Makhluk

• Dalam banyak ayat Al-Quran, Allah berfirman dengan gaya:

“Apakah kamu tidak berfikir?”

“Tidakkah kamu mengambil pelajaran?”

• Ini menunjukkan bahawa pemikiran adalah respon terhadap bahasa, dan bahasa adalah isyarat dari Tuhan kepada makhluk.

• Bahasa bukan sekadar alat duniawi, tetapi jambatan antara manusia dan langit.

• Maka, memahami bahasa adalah sebahagian dari memahami kehendak Pencipta.

4. Bahasa Menentukan Realiti

• Segala sesuatu yang kita fahami — dari konsep hingga objek fizikal — datang melalui bahasa.

• Jika sesuatu tidak dinamakan, ia tidak boleh diajar, difahami, atau dikongsi.

• Maka, bahasa bukan hanya mewakili realiti — ia mencipta realiti dalam kesedaran kita.

Kesimpulan: Bahasa Sebagai Makhluk Pertama

• Dengan memahami bahawa bahasa adalah makhluk pertama, kita akan mula melihat bahawa segala yang berlaku dalam hidup ini berkait rapat dengan sistem komunikasi yang telah ditetapkan sejak awal kejadian.

• Dalam agama, sains, dan kehidupan seharian — bahasa adalah jambatan antara manusia dan realiti.

• Dan realiti itu sendiri adalah satu bentuk bahasa yang sedang berbicara kepada kita — jika kita tahu cara membacanya.

Teruskan membaca sebelum kamu menghukum penulisan ini…


0 Ulasan