“Apabila Naratif Chola Dituntut di Tempat Duduk Belakang Grab”

“Apabila Naratif Chola Dituntut di Tempat Duduk Belakang Grab”


“Apabila Naratif Chola Dituntut di Tempat Duduk Belakang Grab”

Aku baru tekan “Start Trip”. Kereta bergerak keluar dari simpang. Di tempat duduk belakang, lelaki itu mula buka cerita.

“Sekarang ni ramai orang Melayu tak boleh terima hakikat sejarah. Melayu dulu Hindu. Parameswara pun Hindu. Jadi sebenarnya orang India lah penduduk asal sini.”

Aku angguk kecil. Bukan setuju — cuma beri ruang dia habiskan ayat.

Encik,” aku jawab selepas seketika, “saya tanya betul-betul ya, bukan nak argue.”

“Boleh.”

Encik setuju tak — Hindu itu agama, bukan bangsa?

“Ya lah… tapi agama tu datang dari India kan?”

“Betul,” aku jawab. “Tapi soalan saya lain.”

Aku pandang jalan.

Kalau seorang Melayu hari ni masuk Kristian, Encik rasa dia terus jadi bangsa Eropah ke?

Lelaki itu ketawa kecil. > “Taklah.”

“Nah,” aku balas perlahan, “itu yang saya cuba cakap. Agama boleh datang dari luar, tapi bangsa tak bertukar.

Lampu merah. Kereta berhenti.

“Parameswara memang Hindu, Encik. Saya tak nafikan.”

“Tapi Encik rasa — kalau raja Thailand dulu Hindu atau Buddha, Thailand jadi milik India ke?

“Tak juga…”

“Jepun pun sama. Kemboja pun sama.”

Aku sambung tanpa meninggikan suara. “Masa tu pengaruh India kuat — bahasa, nama, sistem pemerintahan. Tapi itu pengaruh tamadun, bukan migrasi bangsa besar-besaran.

Kereta bergerak semula.

Lelaki itu tarik nafas. > “Okay… tapi orang India dah lama datang ke sini.”

“Betul, Encik. Datang, ya. Menetap sebagai penduduk asal — itu berbeza.

Dia diam.

Encik perasan tak, bila kita cakap pasal Serani, kita boleh tunjuk komuniti dia sampai hari ni.

Bila cakap pasal Baba dan Nyonya, kita ada rumah, adat, keturunan.

“Bangsa Siam di utara? Ada. Arab di pesisir? Ada. Bugis di Johor dan Selangor? Ada.”

Aku berhenti sekejap.

Tapi Encik, sebelum British, di mana rekod komuniti India yang menetap sebagai peribumi di Tanah Melayu?

Lelaki itu berfikir.

“Dalam sejarah,” aku sambung, “orang India datang sebagai pedagang, pendeta, pembawa agama dan budaya.

“Itu bukan salah. Itu sumbangan.”

“Tapi kemasukan besar-besaran orang India berlaku zaman British — sebagai buruh ladang dan binaan.

“Itu bukan hina. Itu fakta.”

Kereta hampir sampai.

Lelaki itu akhirnya bersuara. > “Jadi awak nak kata orang India tak ada hak langsung?”

Aku terus geleng. “Tak, Encik. Saya tak pernah kata macam tu.

“Saya cuma kata — hak hari ini jangan dibina atas sejarah yang disalah tafsir.

Malaysia dibina atas perjanjian, perlembagaan, dan realiti sejarah.

Kalau sejarah diputar, akhirnya semua bangsa akan bergaduh.

Aku berhenti di tepi jalan. Lelaki itu buka pintu, lepas tu tutup semula.

“Jujur… cara awak explain ni lain sikit.”

Aku senyum. “Saya pemandu Grab je, Encik. Tapi sejarah ni milik semua. Kalau kita salah faham, kita akan salah tuntut.

Dia angguk. Turun dari kereta.

Aku pandang ke depan. Tekan “Complete Trip”.

DefiNasiKu bukan untuk menang hujah. Ia cuma memastikan kebenaran sempat duduk sekejap di tempat duduk belakang sebuah Grab.

— Raja Faizal


0 Ulasan