Bahasa: Makhluk Pertama dan Tiga Kuasa Monolog yang Menggerakkan Segalanya

Bahasa: Makhluk Pertama dan Tiga Kuasa Monolog yang Menggerakkan Segalanya

Bahasa Makhluk Pertama - Tiga Kuasa Monolog

Bahasa: Makhluk Pertama dan Tiga Kuasa Monolog yang Menggerakkan Segalanya

Bila aku hujah bahawa bahasa itu makhluk pertama, ramai tersenyum sinis. Mereka fikir ini hanya metafora aku.

Namun, dalam Quran, terdapat penegasan yang menyokong idea aku ini: segala wujud bermula dari firman Allah. 

Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah [2:117] dan Surah An-Nahl [16:40]: “Kun Fayakun” (Jadilah!) – apabila Allah memerintahkan sesuatu, ia pun menjadi. 

Ini menunjukkan bahawa firman / perkataan adalah permulaan ciptaan dan realiti.

Bahasa bukan sekadar alat komunikasi manusia. Ia adalah medium utama yang menghubungkan niat, fikiran, dan manifestasi realiti. 

Dalam Teori Monolog, tiga kuasa utama menggerakkan segala-galanya. Cuba letak diri kalian dalam situasi harian apabila melakukan rutin harian selama ini:

1. Niat & Kehendak

Niat dan kehendak adalah kuasa dalaman yang memulakan segala-galanya. Ia adalah pemacu utama yang menggerakkan akal, fikiran, dan ilmu yang ada. 

Tanpa niat, tiada idea akan lahir, tiada makna akan terbentuk.

2. Akal, Fikiran & Ilmu → Idea / Sekumpulan Makna

Dipacu oleh niat dan kehendak, akal, fikiran, dan ilmu menghasilkan idea – sekumpulan makna yang tersusun dan bersedia untuk dizahirkan. 

Bahasa menjadi alat untuk menstrukturkan pemikiran, menyaring logik, dan membentuk konsep yang boleh difahami serta diwariskan. Tanpa bahasa, idea tetap ada tetapi tersembunyi, belum bermakna.

3. Kuasa Manifestasi / Realiti / Tindakan Fizikal

Setelah niat dan ilmu menghasilkan idea, manusia menggunakan kuasa manifestasi untuk menzahirkan makna itu menjadi realiti.

Allah memerintahkan, manusia menggunakan tenaga, kesedaran, dan tindakan untuk menjadikan idea itu wujud. 

Inilah tahap di mana sekumpulan makna dari idea dijelmakan menjadi ciptaan, tindakan, atau perubahan nyata di alam kehidupan kita.

Bahasa berada di pusat ketiga-tiga kuasa ini: menghidupkan niat, menstruktur fikiran & ilmu, dan menyokong kuasa manifestasi

Dari sini kita memahami manusia sebagai makhluk pencipta: makhluk yang berbicara, berfikir, dan bertindak melalui bahasa.

Inilah inti pati Teori Monolog: bahasa sebagai makhluk pertama, niat sebagai pemula, akal & ilmu menghasilkan idea, dan kuasa manifestasi menjadikan makna itu realiti. 

Segala wujud manusia bermula dari kata-kata dalam minda, dan dari sana, dunia manusia terbentuk.

Baca selanjutnya di: NOTA RAJA FAIZAL


0 Ulasan