![]() |
BAB
3 – DEFINAMA
"Kekeliruan bukan selalu
berpunca daripada kekurangan ilmu. Selalunya ia bermula apabila manusia
menggunakan definisi yang salah untuk mencari jawapan."
Dalam bab yang lalu, kita telah
mengenali Titik Sfera.
Titik Sfera menjelaskan mengapa
setiap manusia mempunyai monolog yang berbeza.
Namun, masih ada satu persoalan yang
perlu dijawab.
Bagaimanakah manusia membina makna
terhadap sesuatu perkara?
Aku percaya, jawapannya bermula
dengan definisi.
Apabila seseorang melihat sesuatu,
dia akan cuba memberikan makna.
Namun sebelum makna itu lahir...
Dia terlebih dahulu menggunakan satu
definisi.
Daripada definisi itulah lahir kefahaman.
Dan daripada kefahaman lahirlah
keputusan.
Aku menamakan proses ini sebagai
Definama.
Definama bukan sekadar memberi
definisi.
Definama ialah disiplin memastikan
bahawa definisi yang digunakan adalah tepat sebelum sesuatu kesimpulan dibuat.
Aku menyedari bahawa kebanyakan manusia sebenarnya
mengetahui perkara ini.
Namun mereka jarang menyedarinya
ketika sedang berfikir.
Lebih-lebih lagi ketika sedang berbalah.. Atau ketika sedang mencari jawapan.
Mereka terus memberi pendapat.. Mereka terus mempertahankan pandangan.
Mereka terus membina kesimpulan.
Sedangkan mereka tidak pernah
berhenti bertanya satu soalan yang sangat penting.
"Apakah definisi yang sedang
aku gunakan?"
Di sinilah bermulanya kekeliruan.
Bukan kerana manusia tidak berilmu.
Tetapi kerana manusia sering
menggunakan definisi yang dibina oleh dirinya sendiri sedangkan sesuatu perkara
telah pun mempunyai definisi yang jelas.
Aku percaya, sebelum manusia membina
definisi peribadinya, dia perlu terlebih dahulu menghormati Definisi Sejagat.
Definisi
Sejagat
Definisi Sejagat ialah definisi yang
telah dibina, diuji dan dihuraikan oleh bidang ilmu yang berkaitan.
Apabila sesuatu perkara berkaitan
dengan bahasa, rujukan utamanya ialah kamus bahasa.
Apabila sesuatu perkara berkaitan
dengan sains, rujukan utamanya ialah ensiklopedia sains dan pengetahuan
saintifik.
Apabila sesuatu perkara berkaitan
dengan agama, rujukan utamanya ialah kitab agama.
Apabila sesuatu perkara berkaitan
dengan akademik, rujukan utamanya ialah buku akademik.
Apabila sesuatu perkara berkaitan
dengan hak, tanggungjawab dan peraturan masyarakat, rujukan utamanya ialah
undang-undang.
Semua ini bukan diwujudkan untuk
menyekat pemikiran manusia.
Sebaliknya, ia diwujudkan supaya
manusia mempunyai titik rujukan yang sama sebelum membina kefahaman.
Inilah yang aku maksudkan sebagai
Definisi Sejagat.
Ia menjadi asas kepada disiplin
berfikir.
Ia mengurangkan kekeliruan.
Ia mengelakkan manusia daripada
mentafsir sesuatu mengikut sangkaan semata-mata.
Menghormati Definisi Sejagat bukan
bermaksud kita berhenti berfikir.
Sebaliknya, ia bermaksud kita
memulakan pemikiran dari asas yang betul.
Definisi
Peribadi
Namun kehidupan manusia tidak hanya
dibentuk oleh ilmu.
Ia juga dibentuk oleh pengalaman.
Daripada pengalaman itulah lahir
Definisi Peribadi.
Definisi Peribadi terbentuk melalui
kehidupan yang dilalui oleh seseorang.
Melalui keluarga.
Melalui masyarakat.
Melalui budaya.
Melalui kejayaan.
Melalui kegagalan.
Melalui kegembiraan.
Dan melalui luka yang pernah
dirasainya.
Sebab itulah dua orang boleh membaca definisi yang sama di dalam kamus.. Namun tetap menghasilkan tafsiran yang berbeza.
Kerana mereka melihat definisi itu
melalui pengalaman hidup yang berbeza.
Definisi Peribadi menjadikan manusia
unik.
Namun keunikan itu tidak boleh
menggantikan Definisi Sejagat dalam bidang yang telah mempunyai rujukan yang
jelas.
Mengapa
Manusia Masih Keliru?
Persoalannya...
Jika Definisi Sejagat telah lama
wujud...
Mengapa manusia masih berbalah?
Aku percaya, jawapannya mudah.
Kerana manusia lebih gemar
menggunakan definisi yang dibina oleh dirinya sendiri.
Apabila berbincang tentang bahasa...
Dia tidak merujuk kamus.
Apabila berbincang tentang sains...
Dia tidak merujuk sains.
Apabila berbincang tentang agama...
Dia tidak merujuk kitab agama.
Apabila berbincang tentang
akademik...
Dia tidak merujuk buku akademik.
Apabila berbincang tentang
undang-undang...
Dia tidak merujuk undang-undang.
Sebaliknya...
Dia terus menjawab mengikut
monolognya sendiri.
Di sinilah kekeliruan mula
berkembang.
Bukan kerana manusia tidak mempunyai
jawapan.
Tetapi kerana mereka bermula
daripada definisi yang berbeza.
Dan yang paling menakutkan.. jika manusia itu sendiri tidak setuju dengan Definisi Sejagat itu sendiri!
Tujuan
Definama
Definama tidak mengajar manusia
supaya berhenti berfikir.
Definama juga tidak mengajar manusia
supaya menerima semua perkara tanpa persoalan.
Sebaliknya, Definama mengajar
manusia supaya berdisiplin ketika mencari jawapan.
Sebelum membuat kesimpulan...
Rujuklah definisinya.
Sebelum mempertahankan pendapat...
Pastikan definisinya.
Sebelum membina monolog...
Kenali dahulu asas definisinya.
Kerana definisi yang tepat akan
melahirkan monolog yang lebih jelas.
Dan monolog yang jelas akan
melahirkan keputusan yang lebih bijaksana.
Kesimpulan..
Titik Sfera membantu kita mengenali
diri sendiri.
Definama membantu kita memastikan
bahawa definisi yang kita gunakan adalah benar sebelum kita mentafsir sesuatu.
Kedua-duanya saling melengkapi.
Tanpa Titik Sfera, kita tidak
memahami dari mana datangnya cara kita berfikir.
Tanpa Definama, kita tidak pasti
sama ada asas pemikiran kita dibina di atas definisi yang tepat atau sekadar
sangkaan.
Sebab itulah sebelum mencari
jawapan...
Hormatilah dahulu Definisi Sejagat.
Kemudian barulah bina Definisi
Peribadi melalui pengalaman, pemerhatian dan kehidupan.
Kerana ilmu yang benar tidak lahir
daripada sangkaan.
Ia lahir daripada disiplin mencari
makna.

0 Ulasan