KORANG TAHU TAK? TULISAN ITU DULU AMAT BERHARGA
Korang tahu tak?
TULISAN itu sebenarnya adalah sesuatu yang amat berharga pada zaman sebelum dunia moden.
Hari ini kita menulis apa saja.
Salah, padam.
Tak suka, buang.
Nak tulis semula, ambil kertas baru.
Nak simpan pula, kita boleh simpan dalam telefon, komputer atau internet.
Tulisan hari ini terlalu mudah untuk dihasilkan sehingga kadang-kadang kita sendiri tidak sedar betapa mudahnya kita membuangnya.
Tetapi dahulu tidak begitu.
Sebab itu, apabila kita melihat sebuah manuskrip lama, jangan terus fikir:
“Ala... tulisan lama saja.”
Cuba kita fikir sekejap.
Mengapa seseorang pada zaman itu bersusah payah menulisnya?
Untuk memahami perkara ini, kita perlu kembali kepada keadaan manusia sebelum dunia moden.
Kenapa TULISAN begitu berharga sebelum dunia moden?
1. Manusia lebih ramai buta huruf
Pada zaman dahulu, kemampuan membaca dan menulis bukan sesuatu yang dimiliki oleh semua orang.
Ramai manusia tidak mendapat pendidikan seperti yang kita nikmati hari ini.
Jadi, orang yang mampu membaca dan menulis mempunyai satu kemahiran yang tidak dimiliki oleh semua orang.
Membaca dan menulis adalah satu kelebihan.
Bayangkan kalau dalam satu masyarakat hanya sebahagian kecil manusia yang mampu membaca dan menulis.
Sudah tentu tulisan yang mereka hasilkan mempunyai kedudukan yang berbeza berbanding zaman kita.
Hari ini, kita anggap membaca dan menulis sebagai perkara biasa.
Dahulu, ia bukan perkara biasa.
2. Ilmu ketika itu seperti emas
Hari ini kalau kita mahu tahu sesuatu, kita boleh cari di internet.
Kita buka telefon.
Taip soalan.
Jawapan muncul.
Tetapi dahulu, ilmu tidak berada di hujung jari.
Untuk mendapatkan ilmu, seseorang perlu mencarinya, mempelajarinya dan mewarisinya.
Sebuah buku atau manuskrip yang mengandungi ilmu boleh menjadi sesuatu yang sangat berharga kerana ia membawa pengetahuan daripada seseorang kepada orang yang lain.
Kalau ilmu itu tidak ditulis, bagaimana generasi selepasnya mahu mempelajarinya?
Sebab itu tulisan bukan sekadar tulisan.
Tulisan adalah tempat ilmu disimpan.
3. Orang yang menulis ketika itu sangat rare
Hari ini hampir semua orang boleh menulis.
Tetapi dahulu, bukan semua orang boleh menjadi penulis.
Untuk menulis, seseorang perlu mempunyai kemampuan membaca dan menulis.
Dan kalau tulisan itu mengandungi ilmu, penulisnya pula mungkin seorang yang mempunyai pengetahuan yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Jadi apabila seseorang menghasilkan sesuatu tulisan pada zaman tersebut, kita perlu sedar bahawa dia bukan sekadar mengambil pen dan menulis seperti kita hari ini.
Kemampuan untuk menghasilkan tulisan itu sendiri adalah sesuatu yang istimewa.
4. Bahan untuk menulis sangat sukar didapati
Ini yang paling mudah kita lupa kerana kita hidup dalam dunia moden.
Hari ini kita boleh membeli kertas dengan mudah.
Dakwat pun mudah.
Pen ada di mana-mana.
Malah kalau tidak mahu menggunakan kertas, kita boleh menaip terus di telefon.
Tetapi pada zaman dahulu, bahan untuk menulis bergantung kepada apa yang tersedia pada zaman dan tempat tersebut.
Kertas, dakwat dan bahan tulisan bukan semudah kita mendapatkannya hari ini.
Ada bahan yang perlu dibuat dengan tangan.
Ada yang mengambil masa untuk disediakan.
Ada yang mahal.
Sebab itu manusia dahulu tidak mempunyai kemewahan untuk menulis dan membuang sesuka hati seperti kita.
Jadi cuba kita fikir semula tentang manuskrip lama
Apabila kita menemukan sebuah tulisan lama, kita sebenarnya sedang melihat sesuatu yang datang daripada dunia yang sangat berbeza daripada dunia kita.
Penulisnya mungkin hidup dalam masyarakat yang tidak semua orang boleh membaca.
Bahan tulisannya mungkin tidak mudah diperoleh.
Ilmu yang dimilikinya mungkin tidak boleh dicari dalam beberapa saat seperti hari ini.
Dan menulis pula memerlukan masa dan usaha.
Jadi kita patut bertanya:
Mengapa dia menulis perkara ini?
Apa yang membuatkan dia rasa perkara itu cukup penting untuk dicatat?
Dan kalau manuskrip itu masih wujud sehingga hari ini, kita boleh bertanya lagi:
Siapa yang menyimpannya sehingga ia berjaya sampai kepada kita?
Itulah sebabnya aku rasa kita perlu menghormati manuskrip lama.
Bukan bermaksud semua manuskrip lama mesti mengandungi ilmu yang sangat besar.
Tetapi kita perlu memahami keadaan zaman ketika ia dihasilkan.
Jangan kita melihat tulisan zaman dahulu menggunakan mata manusia zaman sekarang.
Hari ini kita boleh menulis.
Padam.
Tulis semula.
Buang.
Ambil kertas baru.
Dahulu, menulis bukan semudah itu.
Dan mungkin sebab itulah, apabila seorang manusia dahulu memilih untuk meninggalkan sesuatu tulisan, kita patut berhenti sekejap dan bertanya:
“Apa yang membuatkan perkara ini begitu penting sehingga dia sanggup menulisnya?”
Kerana mungkin bagi kita ia hanya sebuah manuskrip lama.
Tetapi bagi manusia yang hidup pada zamannya, tulisan adalah cara untuk menyimpan sesuatu yang mereka tidak mahu hilang.
Dan hari ini...
kita sedang membaca sesuatu yang mereka pilih untuk tidak hilangkan.

0 Ulasan