DEFINASIKU: BAB 5 - MENGAPLIKASIKAN DEFINASIKU

DEFINASIKU: BAB 5 - MENGAPLIKASIKAN DEFINASIKU

Definasiku


BAB 5 - MENGAPLIKASIKAN DEFINASIKU

"Ilmu menjadi lebih bermakna apabila ia dapat digunakan. Kerangka pula hanya membuktikan nilainya apabila mampu membantu manusia menghadapi persoalan kehidupan yang sebenar."

Empat bab sebelum ini memperkenalkan asas kepada kerangka DEFINASIKU.

Kita telah memahami bahawa bahasa menjadi medium kepada monolog.

Kita telah mengenali Titik Sfera sebagai asas yang membentuk cara seseorang melihat dunia.

Kita juga telah mempelajari Definama, iaitu disiplin menghormati Definisi Sejagat sebelum membina Definisi Peribadi.

Akhir sekali, kita melihat bagaimana Prisma Minda dan Spektrum 7 membantu menyusun sesuatu persoalan sebelum sesuatu keputusan dibuat.

Namun sebuah kerangka tidak akan memberi manfaat jika ia hanya tinggal sebagai teori.

Kerangka perlu digunakan.

Kerangka perlu diuji.

Kerangka perlu dibuktikan dalam kehidupan sebenar.

Sebab itulah bab ini ditulis.

Tujuannya bukan untuk memaksa pembaca menerima jawapan yang aku berikan.

Sebaliknya, aku ingin menunjukkan bagaimana kerangka DEFINASIKU boleh digunakan apabila seseorang berhadapan dengan persoalan yang sering bermain dalam monolog manusia.

Persoalan-persoalan ini bukan persoalan baharu.

Ia telah ditanya sejak manusia mula mengenal dirinya. 

Contohnya:

Mengapa aku diwujudkan?

Mengapa manusia harus mati?

Mengapa manusia perlu makan dan minum?

Dan mungkin masih banyak lagi persoalan yang belum selesai.

Aku tidak mendakwa bahawa rumusan yang bakal dibincangkan ialah satu-satunya jawapan yang mutlak.

Sebaliknya, aku ingin menunjukkan bagaimana seseorang boleh bergerak daripada persoalan, kepada rujukan, kemudian menyusun subjek, mengukur keutamaannya, memberikan justifikasi, dan akhirnya membina satu rumusan yang lebih tersusun.

Itulah tujuan sebenar DEFINASIKU.

Bukan menggantikan ilmu.

Bukan menggantikan agama.

Bukan menggantikan sains.

Tetapi membantu manusia menggunakan semua sumber ilmu itu dengan lebih teratur.


Definasiku


Contoh Aplikasi 1

Mengapa Aku Diwujudkan?

Ini mungkin persoalan paling besar yang pernah ditanya oleh manusia.

Hampir setiap manusia, pada satu ketika dalam hidupnya, pernah memandang ke langit, melihat dirinya sendiri, lalu bertanya:

"Mengapa aku diwujudkan?"

Ada yang bertanya ketika masih kecil.

Ada yang bertanya ketika kehilangan orang yang disayangi.

Ada yang bertanya ketika gagal dalam kehidupan.

Ada juga yang bertanya ketika berada di puncak kejayaan.

Persoalan ini tidak memilih usia.

Tidak memilih bangsa.

Tidak memilih agama.

Ia hadir kerana manusia ialah makhluk yang sentiasa mencari makna terhadap kewujudannya.

Kebanyakan manusia akan terus mencari jawapan.

Namun DEFINASIKU mengajar kita supaya tidak terburu-buru.

Sebelum mencari jawapan...

Susunkan dahulu persoalannya.


Titik Sfera:

Pertama, aku melihat diriku sebagai seorang manusia.

Aku tidak memilih untuk dilahirkan.

Aku tidak memilih ibu bapaku.

Aku tidak memilih tempat kelahiranku.

Aku juga tidak memilih zaman aku dilahirkan.

Semua itu berlaku tanpa pilihanku.

Daripada pemerhatian ini, satu perkara menjadi jelas.

Kewujudanku bukan keputusan aku. Ia diluar kawalan aku 100%!


Definama:

Seterusnya aku bertanya,

"Apakah Definisi Sejagat yang boleh dirujuk untuk memahami persoalan ini?"

Bahasa menjelaskan maksud "wujud".

  • Menurut Kamus Dewan, wujud bermaksud ada atau sedia ada. Wujud juga boleh merujuk kepada sesuatu yang nyata, mempunyai bentuk atau dapat dilihat dan dipegang, bergantung pada konteks penggunaannya.

Agama membincangkan tujuan kewujudan manusia.

  • Dalam Islam, manusia wujud kerana diciptakan oleh Allah. Kewujudan manusia mempunyai tujuan dan tanggungjawab dalam kehidupan.

Sains menerangkan bagaimana kehidupan berkembang dan berfungsi.

  • Dalam sains, sesuatu dianggap wujud apabila kewujudannya dapat diperhatikan, dikesan, diukur atau disokong oleh bukti yang boleh diuji.

Kemudian aku melihat pula apakah Definisi Peribadi aku yang boleh aku pilih sebagai jawapan:

  • Wujud itu ialah sesuatu yang ada pada semua pancaindera manusia termasuklah khayalan pada pemikiran manusia.

Bagaimanakah pengalaman hidupku mempengaruhi cara aku memahami persoalan ini?

  • Kewujudan aku adalah untuk belajar segala ilmu Tuhan yang Allah bentangkan...

Apakah pengalaman yang menjadikan aku melihat kehidupan seperti hari ini?

  • Melihat kematian. Tujuan utama kehidupan manusia ialah mati dalam kematian yang diredhai Tuhan sebagai pencipta kita.

Prisma Minda:

Hasil daripada Definama diatas.. kini aku mula mengumpulkan subjek yang berkaitan.

Antaranya:

  • Keputusan Tuhan 
  • Takdir Dan waktu
  • Kitaran hidup manusia
  • Rezeki 
  • Pilihan Ibu Bapa
  • Kebetulan
  • Pilihan Manusia


Aku tidak terus memilih jawapan.

Aku hanya memastikan bahawa semua subjek penting telah berada di hadapanku.


Aras Sifat:

Untuk persoalan ini, aku memilih Aras Sifat: PENTING

Kerana aku ingin mengetahui...

Apakah perkara yang paling PENTING dalam memahami tujuan kewujudanku?


Spektrum 7:

Tahap 1 – Paling Penting 

  • Keputusan Tuhan 
  • Takdir 
  • Tujuan untuk menjadi hamba
Justifikasi: Agama
Sebagai Sang Pencipta yang mencipta aku dan menentukan segala takdir berlaku. Dijelaskan dalam Al Quran bahawa kehidupan ini adalah tempat ujian untuk melatih manusia bersedia menghadapi nikmat Tuhan.

Tahap 2 – Sangat Penting 

  • Kitaran proses manusia
Justifikasi: Sains.
Manusia adalah species kehidupan yang berkembang biak melalui rutin aktiviti seks.

Tahap 3 – Penting

  • Rezeki
Justifikasi: Definisi Peribadi/Agama.
Kita boleh andaikan bahawa kebaikan itu boleh menghadirkan rezeki bernama kehidupan baru.

Tahap 4 – Normal

  • Pilihan Ibu Bapa
Justifikasi: Agama/Definisi Peribadi.
Ini adalah pilihan ibu bapa kita jika merujuk kepada ilmu qada dan qadar.

Tahap 5 – Kurang Penting

  • Kebetulan
Justifikasi: Definisi Peribadi/Pengalaman.
Ini adalah definisi yang biasa digunakan oleh majoriti manusia yang lebih merujuk kepada logik.

Tahap 6 – Tidak Penting

  • Tiada

Tahap 7 – Paling tidak Penting

  • Tiada

(Beberapa subjek boleh berkongsi tahap yang sama kerana Spektrum 7 mengukur tahap logik, bukan mengehadkan bilangan subjek pada setiap tahap.)


Rumusan pilihan:

Daripada susunan ini, aku mula melihat satu gambaran yang lebih jelas.

Aku tidak memilih untuk diwujudkan.

Kewujudanku bermula daripada kehendak Tuhan.

Kehidupan yang aku jalani bukan sekadar untuk wujud.

Ia menjadi ruang untuk aku belajar.

Belajar tentang kasih sayang.

Belajar tentang kesedihan.

Belajar tentang kegembiraan.

Belajar tentang kehilangan.

Belajar memikul amanah.

Belajar membuat pilihan.

Belajar menjadi sabar.

Belajar menjadi kuat.

Setiap pengalaman itu membentuk siapa diriku.

Mungkin itulah antara sebab mengapa kehidupan tidak pernah sunyi daripada cabaran.

Kerana tanpa cabaran, manusia tidak akan mengenali dirinya sendiri.

Dan setiap cabaran dan ujian itu adalah sebuah rutin ibadah yang diredhai Tuhan.

Inilah RUMUSAN peribadi aku mengenai mengapa aku diciptakan...

Melalui kerangka DEFINASIKU, aku tidak terus melompat kepada jawapan.

Aku bermula dengan persoalan.

Aku mengenali kedudukanku sebagai manusia.

Aku menghormati Definisi Sejagat.

Aku menyusun semua subjek yang berkaitan.

Aku menentukan keutamaannya.

Dan akhirnya barulah aku membina satu rumusan.

Inilah perbezaan antara mencari jawapan dengan menyusun cara mencari jawapan.


Destinasi definisi kewujudan ku


Aplikasi 2

Mengapa Manusia Harus Mati?

Kematian ialah satu hakikat yang tidak pernah dapat dielakkan oleh manusia.

Walau sehebat mana tamadun dibina...

Walau secanggih mana teknologi dicipta...

Walau sebanyak mana harta dikumpulkan...

Setiap manusia akhirnya akan berhadapan dengan kematian.

Namun persoalannya ialah...

Mengapa manusia harus mati?

Ramai manusia mencari jawapan kepada persoalan ini.

Tetapi melalui DEFINASIKU, aku memilih untuk tidak terus mencari jawapan.

Aku mahu menyusun persoalan itu terlebih dahulu.


Titik Sfera:

Aku ialah manusia.

Aku dilahirkan.

Aku membesar.

Aku semakin tua.

Aku melihat manusia lain mati.

Ini bukan berlaku kepada aku seorang. Ia berlaku kepada seluruh makhluk bernyawa.

Ia berlaku kepada seluruh manusia sejak awal kewujudannya.

Daripada pemerhatian ini, satu perkara menjadi jelas.

Kematian ialah sebahagian daripada proses kehidupan manusia.


Definama:

Kini aku bertanya.

Apakah Definisi Sejagat yang boleh membantu memahami persoalan ini?

Bahasa menjelaskan maksud hidup dan mati.

  • Menurut Kamus Dewan, “mati” bermaksud tidak bernyawa lagi atau tidak hidup lagi.

Sains menerangkan proses biologi kehidupan.

  • Kematian ialah berakhirnya fungsi kehidupan organisma secara kekal, termasuk fungsi penting tubuh yang tidak lagi dapat dipulihkan.

Agama menjelaskan kedudukan kematian menurut kepercayaannya.

  • Agama: Kematian ialah berakhirnya kehidupan manusia di dunia, dan dalam konteks Islam, manusia akan dibangkitkan dan dipertanggungjawabkan di akhirat.

Kemudian aku melihat pula Definisi Peribadi.

  • Kematian yang baik adalah matlamat paling utama bagi setiap makhluk bernama manusia.

Adakah ketakutanku terhadap kematian lahir daripada ilmu...

  • Ya dan aku paling benci akan kesakitan. Pengalaman melalui saat-saat kematian orang yang terdekat amatlah menyedihkan.


Prisma Minda:

Aku mula menyenaraikan semua subjek yang berkaitan.

  • Kehidupan
  • Kematian
  • Masa
  • Proses penuaan
  • Generasi
  • Tanggungjawab
  • Alam
  • Tuhan

Aku tidak terus membuat rumusan.

Aku mahu melihat keseluruhan persoalan terlebih dahulu.


Aras Sifat - LOGIK:

Bagi contoh ini, aku tidak memilih Kepentingan.

Aku memilih Logik.

Kerana persoalan yang ingin aku ukur ialah:

"Apakah penjelasan yang paling logik terhadap hakikat bahawa manusia akhirnya mati?"


Spektrum 7:

Tahap 1 – Paling Logik

  • Semua benda hidup mempunyai kitaran hidup.
  • Tubuh manusia mengalami proses penuaan.
  • Kematian hukum fitrah yang telah ditentukan oleh Tuhan

Justifikasi:

Setiap organisma hidup melalui proses kelahiran, pembesaran, kematangan dan akhirnya kematian. Pemerhatian ini konsisten terhadap kehidupan di bumi.


Tahap 2 – Sangat Logik

  • Masa sentiasa bergerak ke hadapan.
  • Sel dan organ mempunyai had keupayaan.

Justifikasi:

Peredaran masa membawa perubahan kepada setiap benda hidup. Tubuh manusia tidak kekal dalam keadaan yang sama sepanjang hayatnya.


Tahap 3 – Logik

  • Kematian memberi ruang kepada generasi baharu.
  • Kehidupan mempunyai had dan batas.

Justifikasi

Dalam kehidupan, generasi silih berganti. Kehidupan tidak statik. Perubahan generasi menjadi sebahagian daripada kesinambungan masyarakat.


Tahap 4 – Normal

  • Kematian menjadikan manusia lebih menghargai masa.
  • Kematian mengajar manusia tentang tanggungjawab.

Justifikasi:

Kesedaran bahawa hidup mempunyai penghujung sering mendorong manusia menghargai masa dan membuat pilihan yang lebih bermakna.


Tahap 5 – Kurang Logik

  • Manusia boleh hidup selama-lamanya melalui teknologi.

Justifikasi:

Sehingga hari ini, tiada bukti bahawa manusia mampu menghapuskan kematian sepenuhnya.


Tahap 6 – Tidak Logik

  • Manusia tidak akan mati langsung.

Justifikasi:

Pemerhatian terhadap seluruh sejarah manusia tidak menyokong dakwaan ini.


Tahap 7 – Langsung Tidak Logik

  • Semua manusia akan hidup selama-lamanya tanpa sebarang perubahan.

Justifikasi:

Dakwaan ini bercanggah dengan pemerhatian terhadap alam dan pengalaman manusia.


Rumusan

Melalui kerangka DEFINASIKU, aku tidak bermula dengan jawapan.

Aku bermula dengan persoalan.

Kemudian aku memilih Famili Sifat: Logik untuk mengukur penjelasan yang paling munasabah.

Daripada susunan Spektrum 7, aku melihat bahawa kematian bukan sekadar satu pengakhiran.

Ia merupakan sebahagian daripada kitaran kehidupan yang dapat diperhatikan melalui alam dan pengalaman manusia.

Bagi mereka yang beragama, kefahaman tentang kematian juga diperkaya dengan rujukan kepada ajaran agama masing-masing.

Islam mengatakan bahawa kematian itulah sebenarnya poin bermulanya kehidupan yang abadi.

Dengan cara ini, DEFINASIKU tidak memaksa manusia menerima satu rumusan yang sama.

Sebaliknya, DEFINASIKU membantu manusia menyusun proses berfikir supaya setiap rumusan dibina dengan lebih teratur, jelas dan mempunyai justifikasi.



Aplikasi 3

Mengapa Manusia Perlu Makan dan Minum?

Jika kita memerhati kehidupan, hampir seluruh aktiviti manusia akhirnya berkait dengan satu perkara.

Makanan.

Manusia bangun pagi untuk bekerja.

Manusia berniaga.

Manusia bertani.

Manusia menternak.

Manusia mencipta teknologi.

Sebahagian besar usaha manusia akhirnya bertujuan memenuhi keperluan hidup.

Namun persoalannya ialah...

Mengapa manusia perlu makan dan minum?

Adakah sekadar untuk menghilangkan lapar?

Atau terdapat tujuan yang lebih besar di sebaliknya?

Melalui DEFINASIKU, aku sekali lagi memilih untuk tidak terus mencari jawapan.

Aku mahu menyusun persoalan ini terlebih dahulu.


Titik Sfera:

Aku ialah manusia.

Tubuhku memerlukan makanan.

Tubuhku memerlukan air.

Jika aku berhenti makan dan minum...

Aku akan menjadi lemah.

Dan akhirnya mati.

Ini bukan pengalaman aku seorang.

Ia dialami oleh seluruh manusia.

Daripada pemerhatian ini, jelas bahawa makan dan minum ialah satu keperluan asas kehidupan.


Definama:

Kini aku bertanya.

Apakah Definisi Sejagat yang boleh membantu memahami persoalan ini?

Bahasa menerangkan maksud makan dan minum.

  • Makan — memamah serta menelan makanan atau mengunyah sesuatu. 
  • Minum — meneguk atau menelan sesuatu yang cair seperti air dan susu. 

Sains menerangkan fungsi makanan kepada tubuh.

  • Makan dan minum ialah proses mendapatkan makanan, nutrien dan air yang diperlukan tubuh untuk membekalkan tenaga, menyokong pertumbuhan, membaiki tisu dan menjalankan fungsi badan.

Agama menerangkan adab, hukum dan konsep rezeki.

  • Makan dan minum ialah keperluan kehidupan dan juga sebahagian daripada rezeki Allah. Dalam Islam, manusia diperintahkan mengambil makanan dan minuman yang halal dan baik (tayyib) serta tidak berlebihan.

Kemudian aku melihat Definisi Peribadi.

Bagaimanakah pengalaman hidup mempengaruhi cara aku melihat makanan?

  • Makan dan minum ini adalah punca paling utama dan paling asas untuk seluruh manusia menjalankan segala aktiviti yang dirangsangkan dari perasaan lapar.


Prisma Minda:

Aku mula menyusun semua subjek yang berkaitan.

  • Kelangsungan hidup
  • Rezeki
  • Kesihatan
  • Pekerjaan
  • Tanggungjawab
  • Keluarga
  • Ekonomi
  • Pertanian
  • Masa

Aku belum memilih jawapan.

Aku hanya mahu memastikan keseluruhan persoalan berada di hadapanku.


Aras Sifat - LOGIK:

Soalan yang hendak diukur ialah:

"Apakah penjelasan yang paling logik mengapa manusia perlu makan dan minum?"


Spektrum 7:

Tahap 1 – Paling Logik

  • Kelangsungan hidup
  • Keperluan tenaga

Justifikasi:

Tubuh manusia memerlukan tenaga dan nutrien untuk terus hidup serta menjalankan fungsi biologinya.


Tahap 2 – Sangat Logik

  • Kesihatan
  • Pertumbuhan

Justifikasi:

Makanan dan minuman membantu pertumbuhan, pembaikan tisu dan mengekalkan fungsi tubuh.


Tahap 3 – Logik

  • Rezeki
  • Pekerjaan

Justifikasi:

Keperluan mendapatkan makanan mendorong manusia bekerja, menghasilkan ekonomi dan saling bergantung antara satu sama lain.


Tahap 4 – Normal

  • Tanggungjawab
  • Keluarga

Justifikasi:

Keperluan menyediakan makanan menjadikan manusia belajar memikul tanggungjawab terhadap diri dan keluarga.


Tahap 5 – Kurang Logik

  • Kemewahan makanan sebagai tujuan utama hidup.

Justifikasi:

Makanan boleh dinikmati, tetapi menjadikannya tujuan utama kehidupan tidak menerangkan sebab asas mengapa manusia perlu makan.


Tahap 6 – Tidak Logik

  • Makan hanya untuk berseronok.

Justifikasi:

Keseronokan mungkin salah satu pengalaman, tetapi bukan sebab utama tubuh memerlukan makanan.


Tahap 7 – Langsung Tidak Logik

  • Manusia boleh hidup selama-lamanya tanpa makan dan minum.

Justifikasi:

Ini bercanggah dengan pemerhatian terhadap kehidupan manusia.


Rumusan pilihan:

Melalui kerangka DEFINASIKU, aku melihat bahawa makan dan minum bukan sekadar memenuhi perut.

Ia merupakan satu mekanisme yang menggerakkan kehidupan manusia.

Kerana manusia perlu makan...

Manusia belajar bekerja.

Kerana manusia perlu minum...

Manusia belajar mengurus sumber alam.

Kerana manusia mempunyai keperluan...

Manusia belajar bertanggungjawab.

Mungkin inilah antara hikmah yang sering terlepas daripada perhatian kita.

Keperluan bukan sekadar kekurangan.

Keperluan juga ialah pendorong kepada usaha.

Tanpa rasa lapar...

Mungkin manusia tidak akan bercucuk tanam.

Tidak akan berniaga.

Tidak akan membina tamadun.

Tidak akan belajar menghargai rezeki.

Melalui DEFINASIKU, aku tidak melihat makan dan minum sebagai satu rutin harian semata-mata.

Aku melihatnya sebagai salah satu mekanisme kehidupan yang mengajar manusia tentang usaha, amanah dan tanggungjawab.


Terus ke Bab penutup..


0 Ulasan